mindset kekayaan
Sudah lama tidak mengemaskini blog ini, alhamdulillah dengan kesempatan yang diberikan ini saya ingin berkongsi cerita tentang sesuatu yang dikatakan sebagai mindset kekayaan.
Ramai dikalangan kita sudah pasti inginkan kekayaan, tetapi berapa ramaikah yang memiliki mindset untuk menjadi kaya.
Ada yang berkata, untuk kaya dan berharta kita perlu berniaga. Tetapi ramai juga yang berniaga tetapi gagal untuk mencapai kekayaan yang diinginkan. Ada yang hanya berniaga separuh jalan dan ada juga yang mengalami pelbagai masalah dalam perniagaan sehingga terpaksa menjual perniagaan tersebut kepada orang lain.
Mengapa semua itu berlaku? segalanya bermula dari mindset yang telah kita bina di dalam diri kita.
Bagaimana anda akan kaya jika anda sendiri memandang serong terhadap kekayaan. Bagaimana anda akan mempunyai wang, jika persepsi anda terhadap wang adalah negatif?
Jadi segalanya bermula dari mindset anda sendiri.
menyelesaikan hutang dengan bersyukur
Ramai diantara kita yang berjuang untuk menyelesaikan hutang.Hutang yang banyak membuatkan kita merasa seolah olah tidak ada jalan keluar lagi dan teramat sukar untuk menyelesaikannya ,Sehingga ada yang berfikir, sampai bila hutang ini akan berakhir.
Pernahkah anda terfikir kita dapat menyelesaikan hutang kita dengan cara bersyukur?
Biar saya jelaskan kepada anda,seringkali jika memiliki hutang fikiran kita hanya fokus kepada hutang, bagaimana pula jika kita mengubah fikiran kita dengan berfikir kaedah yang boleh dilakukan untuk menjelaskan hutang dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan.
Dengan cara ini hati kita akan lebih positif, seterusnya akan menarik sesuatu yang positif ke dalam kehidupan.
Dengan kaedah ini juga kita akan menjadi lebih bersemangat
untuk bekerja seterusnya dalam kehidupan.
Gagal mendapatkan pelanggan
Hari ini saya ingin menjawab persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang pembaca blog ini. Apa pun ini sekadar pendapat ringkas yang mungkin boleh dijadikan panduan secara tidak langsung kepada semua pembaca.
Salam,
saya ada menyertai satu MLM yang memerlukan kita mencari rangkaian serta buat duplikasi kerja. tetapi masalah saya sehingga ari masih tidak dapat untuk menarik orang untuk menjadi rangkaian saya. walau pun saya dah cuba. macam mana kah saya nak buat. mcm nmana nak buat orang tertarik untuk menyertainya
Sebenarnya untuk membina dan seterusnya menjalankan perniagaan yang sebenar memerlukan mindset seorang peniaga.
Memiliki mindset seorang peniaga dan usahawan adalah penting untuk mengekalkan momentum usaha bagi mencapai kejayaan yang diinginkan.Usaha kena kental, percaya pada PENCIPTA seterusnya sentiasa percaya bahawa kita sememangnya mampu untuk berjaya.
Namun begitu saya mencadangkan Cik Puan terlebih dahulu menggali potensi diri Cik Puan dahulu. Adakah perniagaan MLM sesuai untuk Cik Puan, atau Sebaliknya.
Dalam apa juga yang dilakukan sentiasalah berfikir positif dan sentiasa bersangka baik atas setiap perkara yang berlaku, kerana kita hidup di alam dualiti, ada positif sudah tentu ada negatif. Ini yang dikatakan setiap setiap yang berlaku ada hikmah.
Jadi sentiasalah bersangka baik, kerana sangkaan yang baik akan menghasilkan impak yang baik sesuai dengan apa yang difikirkan.
Sebenarnya tiada istilah gagal dalam kehidupan,tetapi anda hanya masih belum mencapai kejayaan yang diinginkan

